HARI BERSAMA KOMUNITI DUN BATU TALAM 2018

TARIKH

14 APRIL 2018

MASA

7.00 PAGI - 2.00 PETANG

LOKASI

PUSAT INTERNET FELDA TERSANG 3

 

Tujuan

Program hari Terbuka Bersama Komuniti ini diadakan bertujuan untuk menghebahkan kepada seluruh masyarakat terutama kepada warga setempat mengenai kemudahan yang disediakan oleh Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia serta Telekom Malaysia menerusi MSD Intelligence Sdn Bhd iaitu kemudahan capaian internet jalur lebar yang disediakan di Pusat Internet 1Malaysia Kluster Raub.

Memperkenalkan aplikasi dashboard komuniti kepada komuniti DUN Batu Talam dan memperkenalkan pertandingan dashboard komuniti yang sedang dijalankan kepada komuniti DUN Batu Talam.

Aktiviti

Pelbagai aktiviti diadakan sempena program Hari Terbuka seperti senamrobik, pertandingan mewarna, Usahawan Dashboard Komuniti, Teknik penghasilan gambar yang menarik, Demo masakan oleh Chef Bakhor (Puding triffle), Ceramah keusahawanan oleh En.Shahrizal (Rustic Garaj), Muat turun dan log in aplikasi dashboard komuniti menggunakan telefon pintar masing-masing, Memberi taklimat KDB dan taklimat modul advokasi SKMM serta tayangan video mengenai Program Advokasi SKMM, Pameran dari Jabatan Polis, Jabatan Bomba, AADK, TEKUN, Pejabat Kesihatan, Klinik Pergigian dan Perpustakaan Desa Felda Tersang.

GAMBAR DISINI

KARNIVAL JELAJAH SEBENARNYA.MY DAERAH RAUB

TARIKH

3 MAC 2018

MASA

7.00 PAGI - 12.00 MLM

LOKASI

DEWAN TERBUKA BATU TALAM & DEWAN SMA AL- FALAH

 

Tujuan

Memperkenalkan portal Sebenarnya.my dan menyampaikan mesej-mesej advokasi bagi mengekang pengaruh kandungan internet terutamanya mengenai isu berita palsu melalui platform serta inisiatif sebenarnya.my

Aktiviti

Pelbagai aktiviti diadakan sempena karnival sehari itu seperti senamrobik, pertandingan sepakan penalti, pertandingan membina permainan brick, cabutan bertuah serta pameran daripada agensi-agensi kerajaan seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat, Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dan Kementerian Kesihatan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Talam, Datuk Abd. Aziz Mat Kiram yang hadir me­rasmikan karnival itu turut me­nyampaikan sumbangan berupa ke­per­luan harian kepada golongan asnaf.

Pada sebelah malam diadakan Bicara Perdana: Berita Palsu Musuh Negara yang menampilkan penceramah terkenal Ustaz Don Daniyal Don Biyajid dan Ustaz Harryanto Rizal di dewan Sekolah Menengah Agama Al-Falah.

GAMBAR DISINI

LATIHAN KEUSAHAWANAN BERSAMA TUPPERWARE BRANDS

TARIKH

20 JANUARI 2018

MASA

9.00 PAGI - 1.00 PETANG

LOKASI

PUSAT INTERNET 1 MALAYSIA FELDA TERSANG 2

 

AKTIVITI

-> Taklimat Klik Dengan Bijak modul Maklumat Palsu

-> Taklimat Modul Advokasi SKMM

-> Taklimat keahlian ahli baru Tupperware

-> Membuat demo produk tupperware serta kelebihannya.

-> Membuat demo produk tupperware dengan memasak menggunakan barangan tupperware

 

TUJUAN

-> Menjalin kerjasama antara Pusat Internet 1 Malaysia Felda Tersang 2 dengan Tupperware Brand dengan mengadakan kemahiran keusahawan dan  strategi menjadi usahawan Tupperware yang Berjaya

-> Berkongsi peluang perniagaan bersama peserta

-> Mengenali pelbagai jenis barangan tupperware

-> Menggalakkan pengunjung datang ke  PI1M dan menggunakan perkhidmatan yang ada

GAMBAR DISINI

 

 

PENGAMBARAN MENARIK DI RAUB _ APAM BALIK ADEK AH

TARIKH

5 FEBRUARI 2018

MASA

9.00 PAGI - 4.00 PETANG

LOKASI

BULATAN BUKIT KOMAN , RAUB PAHANG

 

AKTIVITI

-> Petugas PI1M mengambil gambar dan video pendek semasa pelanggan datang dan semasa pemilik sedang membuat apam balik

-> Temubual bersama En Muhammad Asraf Bin Che Awang

 

TUJUAN

-> Menggalakan kerjasama antara Pi1M/Kluster untuk menghasilkan video pendek bagi mempromosikan produk tempatan, servis perkhidmatan dan tempat-tempat menarik di sekitar daerah Raub

 GAMBAR DISINI

PROGRAM SANTAI BERSAMA PERPUSTAKAAN DESA

TARIKH

13 DISEMBER 2017

MASA

8.00 PAGI - 1.00 PETANG

LOKASI

PERPUSTAKAAN DESA FELDA TERSANG 1

TUJUAN

- Program Santai Perpustakkan Desa ini dianjurkan bersama Komuniti Sihat Perkasa Negara (KOSPEN),KRT dan Pusat Internet 1Malaysia

-Pelbagai acara sukaneka diadakan bagi memeriahkan lagi program ini

-Antara aktiviti yang diadakan adalah rebut kerusi,bola beracun,menghias tudung saji dan lain-lain lagi

-Cabutan bertuah juga diberikan kepada pengunjung yang bertuah dan antara hadiahnya adalah kipas angin dan pelbagai lagi hadiah yang menarik

-Dengan adanya program santai seperti ini dapat lagi mengeratkan hubungan silaturrahim antara pengunjung

 

AKTIVITI

-Antara acara sukaneka santai yang diadakan adalah seperti senaman aerobik yang diadakan sebagai acara utama

-Acara dibahagikan kepada beberapa kategori seperti kanak-kanak,belia dan ibu bapa

-Antara acaranya adalah bola beracun,susun batu dan cawan bewarna,qu puteh susun kerusi dan lain-lain lagi

 


PENGAMBARAN VIDEO TUKANG PARANG EN MAT TERSANG

TARIKH

23 DISEMBER 2017

MASA

10.00 PAGI - 4.00 PETANG

LOKASI

NO 1039 FELDA TERSANG 1

 

TUJUAN

Menggalakan kerjasama antara Pi1M/Kluster untuk menghasilkan video pendek bagi mempromosikan produk tempatan, servis perkhidmatan dan tempat-tempat menarik di sekitar daerah Raub

 AKTIVITI

-Gambar dan video diambil semasa penghasilan sebilah parang

-Temubual bersama tukang parang En Ahmad Bin Usof atau dikenali sebagai En Mat Tersang