KUMPULAN ZAPIN RAUB
Nama Pengasas / Pengajar : Encik Hamzah bin Alias PJK
No Yang Boleh Dihubungi : 014-8042775
Lokasi : Wilayah Pantai Timur, Pahang, Raub,
Mukim Batu Talam, Felda Tersang 2
Bilangan ahli : 50 orang
Tahun Ditubuhkan : 2005
PENGENALAN
Zapin Raub berasal dari Kampung Durian Sebatang, Raub dan mula ditarikan pada tahun 1930an dan pengasasnya ialahAllahyarham Alias bin Gek (bapa Encik Hamzah)
Latihan diadakan selama 2 jam sabtu dan ahad setiap minggu (jam 4.00 petang) di kediaman Encik Hamzah di D12, Felda Tersang 2
Lagu tradisional yang selalu dimainkan dalam zapin ini adalah Zapin Anak Ayam dan Lancang Kuning
Pakaian bagi tarian ini ialah Baju Gombang Pahang (Baju Melayu) dan bersongkok
Kumpulan ini sering mendapat jemputan untuk membuat persembahan di majlis2 perkahwinan dan majlis2 rasmi di sekitar daerah di Pahang dan seluruh Malaysia
GAMBAR-GAMBAR AKTIVITI
Encik Hamzah bin Alias pjk adalah pengasas Kumpulan Zapin Raub
Persembahan tarian semasa AKKF Felda Tersang 2
Membuat persembahan tarian di majlis ‘raja sehari’
Mendapat jemputan untuk Majlis Cukur Jambul
B34 AGROFARM
Nama Pengasas / Pengajar : Mohd Abd Jawaad Bin Abd Ghafar
No Yang Boleh Dihubungi : 016-2724006
Lokasi : Wilayah Pantai Timur, Pahang, Raub,
Mukim Batu Talam, Felda Tersang 2
Tahun Ditubuhkan : 2015
PENGENALAN
Memulakan perniagaan pada awal tahun 2015 dengan menternak kambing di halaman belakang rumah dan membina kandang kambing kerana setiap tahun bilangan kambing semakin bertambah. Kambing mendapat permintaan tinggi daripada penduduk Felda Tersang kerana penduduk sentiasa mengadakan majlis aqiqah dan menempah kambing daripada B34 Agrofarm Perniagannya semakin maju dengan menghasilkan produk sendiri dan mendapat permintaan tinggi dari negeri lain seperti Kuala Lumpur dan Perak.
Usahawan menjalankan perusahaan yang berasaskan pertanian dan penternakan. Selain itu juga, usahawan ini mengusahakan pengeluaran baja organik tinja kambing dan tanah tanaman secara kecil-kecilan. Usahawan menternak kambing dan lembu dan akan menjual kambing dan lembu sekiranya terdapat permintan daripada pelanggan. Antara produk yang dijual oleh B34 Agrofarm .
HARGA PRODUK JUALAN :
Produk |
Harga |
Kambing Aqiqah |
RM890 seekor (25-30 kg) Sembelih dan lapah + RM50 |
Kambing Perap |
RM25 per pack |
Baja Kompos |
RM4 per kilogram |
Baja EM |
RM25 seliter |
Lembu |
RM3500 seekor |
Tempoyak Durian Paste |
RM9/200gm |
PRODUK :