KLIK DENGAN BIJAK DI SK LKTP TERSANG SATU & SK LKTP TERSANG 3

TARIKH

13 & 20 NOVEMBER 2017

MASA

8.30 PAGI - 12.30 TENGAHARI

LOKASI

SK LKTP TERSANG SATU & SK LKTP TERSANG 3

TUJUAN

  1. Melahirkan pengguna yang celik terhadap teknologi
  2. Mewujudkan rasa tanggungjawab dalam kalangan pengguna Internet supaya beretika dan prihatin terhadap pengguna yang lain.
  3. Memberi pendidikan kepada pengguna Internet tentang kepentingan kawal selia kendiri      
  4. Mewujudkan persekitaran yang selamat untuk  pengguna melayari Internet khususnya

AKTIVITI

- Program dimulakan dengan taklimat KDB - Panduan Keselamatan di Internet oleh petugas PI1M. selingan kuiz KDB dalam taklimat untuk menguji kefahaman pelajar.

- Tayangan video berkaitan internet dan keselamatan menggunakan komputer & internet

- Aktiviti KDB bersama pelajar

- Program akan diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada pemenang

-bersurai

 Gambar Disini KLIK


 

LITERASI ICT BERSAMA KANAK-KANAK TABIKA KEMAS FELDA TERSANG 2

TARIKH

24 NOVEMBER 2017

MASA

8.00 PAGI - 12.00 TENGAHARI

LOKASI

PUSAT INTERNET 1 MALAYSIA FELDA TERSANG 2

TUJUAN

-Mengukur tahap dan prestasi pelajar tabika dalam menaip menggunakan komputer

-Aktiviti mewarna sememangnya memberi peranan yang penting dalam perkembangan kanak – kanak

-Ini kerana aktiviti ini memberi peluang untuk kanak - kanak menyampaikan perasaan , kerja dan keupayaan mereka dalam bentuk mewarna

 

AKTIVITI 

- Kehadiran guru dan pelajar Tabika Kemas Felda Tersang 2     

- Pelajar Tabika sarapan pagi dengan menu biskut dan air milo

- Mewarna menggunakan komputer dan acara menaip pantas

- Susun cawan dan batu bewarna

-Cabutan bertuah

- Penyampaian hadiah

- Sesi bergambar

- Bersurai

 Gambar Disini KLIK

JOM SANTAI BERSAMA TUPPERWARE

TARIKH

3 OKTOBER 2017

MASA

3.00 PETANG - 6.00 PETANG

LOKASI

PUSAT INTERNET 1 MALAYSIA FELDA TERSANG 2

 

TUJUAN

- Menjalin kerjasama antara Pusat Internet 1 Malaysia Felda Tersang 2 dengan Tupperware Brand dengan mengadakan kemahiran keusahawan dan strategi menjadi usahawan Tupperware yang Berjaya

- Berkongsi peluang perniagaan bersama peserta

- Mengenali pelbagai jenis barangan tupperware

- Menggalakkan pengunjung datang ke  PI1M dan menggunakan perkhidmatan yang ada.

 

AKTIVITI

- Pendaftaran Peserta

- Taklimat dan tayangan video KDB

- Cabutan Bertuah

- Pengenalan Kepada Product Tupperware

- Demo Product Tupperware

- Pendaftaran Ahli Baru Tupperware

- Penyampaian Goodies Kepada Peserta

- Jamuan Ringan

- Bersurai

 

MINI TEMASYA SUKAN TABIKA KEMAS FELDA TERSANG 2

TARIKH

19 OGOS 2017

MASA

8.00 PAGI – 1.00 TGH

LOKASI

DEWAN SEMAI BAKTI FELDA TERSANG 2

 

TUJUAN

-Memberi penerangan kepada komuniti berkaitan pertandingan dashboard komuniti PI1M yang akan dijalan sehingga bulan disember ini.

-Pemeriksaan kesihatan iaitu My Health juga dijalankan bagi memeriksa tekanan darah ibu bapa penjaga yang hadir ke booth PI1M

-Penerangan dan tayangan video Modul Advokasi SKMM iaitu Mobile E-Waste dan Check Your Label

-Mencari keahlian baru PI1M dan komuniti juga boleh memuat turun aplikasi dashboard. Ini bagi melayari aplikasi dashboard dengan menggunakan telefon pintar.

- Pelbagai acara yang telah dipertandingkan sepanjang mini sukan tabika  ini berlangsung antara acara lari bawa bola dalam gelung,lari berhalangan,kutip gula-gula dan acara lain-lain.

-Acara untuk ibu bapa juga dipertandingkan antaranya bola beracun dan balingan kasih

 

AKTIVITI

-Pengunjung perlu mendaftar nama untuk mendapatkan nombor cabutan bertuah

- Memperkenalkan aplikasi dashboard kepada pengunjung dan memuat naik aplikasi dashboard menggunakan telefon pintar

-Pemeriksaan kesihatan My Health secara percuma diberikan oleh petugas PI1M

-Pendaftaran Keahlian baru PI1M

-Modul Advokasi SKMM

 


 PENGAMBARAN VIDEO TARIAN ZAPIN RAUB SEMPENA PERTANDINGAN USAHAWAN TERBAIK PI1M 2017

TARIKH

20 OGOS 2017

MASA

3.00 PETANG – 6.00 PETANG

LOKASI

PUSAT INTERNET FELDA TERSANG 2

 

TUJUAN

Menggalakan kerjasama antara Pi1M/Kluster untuk menghasilkan video pendek bagi mempromosikan produk tempatan, servis perkhidmatan dan tempat-tempat menarik di sekitar daerah Raub.

AKTIVITI

-Gambar dan video diambil semasa penari zapin sedang menari.

-Temubual bersama Pengasas Tarian Zapin Raub

-Mempromosikan tempat2 menarik di Raub untuk Tahun Melawat Pahang 2017

-Menambahkan ilmu pengetahuan pelajar dalam bidang multimedia, proses pembuatan video dengan lebih mendalam


PROGRAM DASHBOARD KOMUNITI & ROLL CALL BULANAN FELDA TERSANG 2

TARIKH

8 & 10 SEPTEMBER 2017

MASA

8.30 PAGI - 1.00 PETANG  &  3.00 PETANG – 6.00 PETANG

LOKASI

PUSAT INTERNET 1 MALAYSIA FELDA TERSANG 2

 

TUJUAN

-  Memperkenalkan aplikasi dashboard komuniti kepada komuniti Felda Tersang 2

-  Memperkenalkan pertandingan Dashboard Komuniti yang sedang dijalankan sehinggan bulan disember ini kepada komuniti Felda Tersang 2

-  Muat turun permainan durian runtuh dalam telefon bimbit pengguna dashboard serta menjawah kuiz teka belon dashboard dan kuiz yang lain-lain.

-  Muat turun dan log in aplikasi dashboard komuniti menggunakan telefon pintar masing-masing

- Memberi taklimat KDB dan taklimat modul advokasi SKMM serta tayangan video mengenai Program Advokasi SKMM iaitu E-Waste, Check Your Label,KDB dan Sebenarnya.my

-  Pemeriksaan Kesihatan My Health bersama komuniti Felda Tersang 2

-  Komuniti juga boleh melihat pelbagai jenis produk yang dijual didalam My Shop Dashboard Komuniti

- Meningkatkan ilmu pengetahuan masyarakat, melalui program yang dijalankan  dan semoga PI1M dapat memenuhi keperluan komuniti dari segi perhubungan, pembelajaran, perniagaan, kesihatan dan juga pentadbiran untuk meningkatkan taraf sosio-ekonomi masyarakat setempat.

 

AKTIVITI

-  Pendaftaran Pengunjung

-  Teka Berat Tupperware Pelangi Dashboard

-  Pendaftaran Keahlian Baru Pi1m

-  Roll Call Bulanan Felda Tersang 2

-  Pengenalan Dashboard Komuniti

-  Pertandingan Dashboard Komuniti

-  Intsall Aplikasi Dashboard Komuniti

-  Log In Dashboard Komuniti

-  Kuiz Online Kahoot Dashboard Komuniti

-  Teka Silang Kata Dashboard Komuniti

-  My Soal (Aduan)

-  My Shop (View Produk)

-  Pemeriksaan Kesihatan – My Health

-  Kuiz Teka Belon Dashboard Komuniti

-  Cabutan Bertuah & Penyampaian Hadiah

-  Jamuan Makan

-  Bersurai