PENDAFTARAN PERNIKAHAN

TARIKH

2 September 2024 (Isnin)

LOKASI

NADI Felda Tersang 02

TUJUAN

- Pendaftaran perkahwinan sekarang perlu melalui online E-munakahat Pahang. Pasangan perlu mendaftar secara online dan mengisi maklumat yang diperlukan barulah pasangan perlu hadir ke Pejabat Agama Daerah masing-masing untuk urusa kad kawin dan pembayaran.

AKTIVITI

- Peserta duduk dihadapan komputer yang disediakan oleh petugas NADI.

- Peserta diminta untuk membuka E-munakahat Pahang.

- Peserta memasukkan maklumat yang diperlukan dengan bantuan petugas.

- Peserta mencetak borang / slip pendaftaran pernikahan yang diperlukan.

- Bersurai

Gambar disini

PERTANDINGAN KOLAJ JALUR GEMILANG

TARIKH

September 2024 (Jumaat)

LOKASI

NADI Felda Tersang 02

TUJUAN

- Untuk mengeratkan hubungan ibu bapa dan anak-anak dengan cara menjalankan aktiviti bersama-sama. Juga dapat mengeratkan hubungan ibu bapa dan para guru tabika kemas.

- Menerapkan semangat kemerdekaan dalam jiwa kanak-kanak supaya mereka bersemangat dan berkobar-kobar untuk menyambut hari kemerdekaan setiap tahun.

- Pertandingan ini juga dapat menerapkan jiwa kreativiti ibu bapa dan kanak-kanak terhadap kolaj masing-masing, di samping dapat menerapkan jiwa seni dalam diri kanak-kanak yang terlibat dengan aktiviti kolaj ini.

 

AKTIVITI

- Petugas memberi taklimat mengenai kolaj yang dibuat dan masa yang diberikan.

- Peserta dan ibu bapa diberikan masa untuk menyiapkan kolaj masing-masing.

- Kolaj tersebut akan dinilai dan diberikan hadiah kepada yang menang.

Gambar disini

KUIZ KAHOOT ONLINE KEMERDEKAAN

TARIKH

September 2024 (Jumaat)

LOKASI

NADI Felda Tersang 02

TUJUAN

- Kuiz diberikan untuk menguji tahap pengetahuan peserta mengenai sejarah-sejarah Malaysia, dan seba sedikit mengenai kemerdekaan. Kemerdekaan kita sambut setiap tahun dan ada peristiwa-peristiwa yang perlu kita tahu untuk negara kita mencapai kemerdekaan jadi dengan adanya kuiz ini dapat menguji peserta sama ada tahu atau tidak apa yang berlaku sebelum negara kita mencapai kemerdekaan.

-Selain itu, kita perlu tahu juga siapa bapa kemerdekaan, maksud jalur gemilang, sapa yang mencipta jalur gemilang dan sebagainya. Setiap tahun perlu kita imbas semula semua maklumat-maklumat mengenai kemerdekaan supaya kita sentiasa ingat dan semangat kemerdekaan sentiasa ada dalam jiwa kita.

 

AKTIVITI

- Peserta duduk ditempat masing-masing dan masukkan kod yang diberikan.

- Peserta diminta untuk menjawab soalan-soalan yang dipaparkan pada screen.

- Peserta diberikan masa untuk menjawab semua soalan yang diberikan.

- Peserta dapat melihat markah masing-masing dan juara diberikan hadiah sebagai kenangan.

Gambar disini