PENDAFTARAN PERNIKAHAN
TARIKH |
2 September 2024 (Isnin) |
LOKASI |
NADI Felda Tersang 02 |
TUJUAN
- Pendaftaran perkahwinan sekarang perlu melalui online E-munakahat Pahang. Pasangan perlu mendaftar secara online dan mengisi maklumat yang diperlukan barulah pasangan perlu hadir ke Pejabat Agama Daerah masing-masing untuk urusa kad kawin dan pembayaran.
AKTIVITI
- Peserta duduk dihadapan komputer yang disediakan oleh petugas NADI.
- Peserta diminta untuk membuka E-munakahat Pahang.
- Peserta memasukkan maklumat yang diperlukan dengan bantuan petugas.
- Peserta mencetak borang / slip pendaftaran pernikahan yang diperlukan.
- Bersurai
PERTANDINGAN KOLAJ JALUR GEMILANG
TARIKH |
6 September 2024 (Jumaat) |
LOKASI |
NADI Felda Tersang 02 |
TUJUAN
- Untuk mengeratkan hubungan ibu bapa dan anak-anak dengan cara menjalankan aktiviti bersama-sama. Juga dapat mengeratkan hubungan ibu bapa dan para guru tabika kemas.
- Menerapkan semangat kemerdekaan dalam jiwa kanak-kanak supaya mereka bersemangat dan berkobar-kobar untuk menyambut hari kemerdekaan setiap tahun.
- Pertandingan ini juga dapat menerapkan jiwa kreativiti ibu bapa dan kanak-kanak terhadap kolaj masing-masing, di samping dapat menerapkan jiwa seni dalam diri kanak-kanak yang terlibat dengan aktiviti kolaj ini.
AKTIVITI
- Petugas memberi taklimat mengenai kolaj yang dibuat dan masa yang diberikan.
- Peserta dan ibu bapa diberikan masa untuk menyiapkan kolaj masing-masing.
- Kolaj tersebut akan dinilai dan diberikan hadiah kepada yang menang.
KUIZ KAHOOT ONLINE KEMERDEKAAN
TARIKH |
6 September 2024 (Jumaat) |
LOKASI |
NADI Felda Tersang 02 |
TUJUAN
- Kuiz diberikan untuk menguji tahap pengetahuan peserta mengenai sejarah-sejarah Malaysia, dan seba sedikit mengenai kemerdekaan. Kemerdekaan kita sambut setiap tahun dan ada peristiwa-peristiwa yang perlu kita tahu untuk negara kita mencapai kemerdekaan jadi dengan adanya kuiz ini dapat menguji peserta sama ada tahu atau tidak apa yang berlaku sebelum negara kita mencapai kemerdekaan.
-Selain itu, kita perlu tahu juga siapa bapa kemerdekaan, maksud jalur gemilang, sapa yang mencipta jalur gemilang dan sebagainya. Setiap tahun perlu kita imbas semula semua maklumat-maklumat mengenai kemerdekaan supaya kita sentiasa ingat dan semangat kemerdekaan sentiasa ada dalam jiwa kita.
AKTIVITI
- Peserta duduk ditempat masing-masing dan masukkan kod yang diberikan.
- Peserta diminta untuk menjawab soalan-soalan yang dipaparkan pada screen.
- Peserta diberikan masa untuk menjawab semua soalan yang diberikan.
- Peserta dapat melihat markah masing-masing dan juara diberikan hadiah sebagai kenangan.
KUIZ KLIK DENGAN BIJAK
TARIKH |
7 Ogos 2024 (Rabu) |
LOKASI |
NADI Felda Tersang 02 |
TUJUAN
- Klik dengan bijak merupakan sesuatu pengetahuan yang penting untuk setiap lapisan umur ambik tahu dan faham. Dengan itu,berikan kuiz KBD untuk menguji tahap kefahaman peserta mengenai program dan isi kandungan klik dengan bijak.
AKTIVITI
- Peserta duduk dihadapan komputer yang disediakan oleh petugas NADI.
- Peserta diminta untuk membuka google dan menaip kuiz Klik Dengan Bijak.
- Peserta diberikan masa untuk menjawab soalan kuiz yang dipaparkan di dalam google tersebut.
- Bersurai
ASAS TEKNOLOGI MAKLUMAT & KOMUNIKASI - KOMPONEN ASAS KOMPUTER
TARIKH |
10Ogos 2024 (Sabtu) |
LOKASI |
NADI Felda Tersang 02 |
TUJUAN
- Mengenalpasti definisi dan fungsi komputer.
- Memahami persekitaran komputer.
- Mengenali komponen-komponen komputer.
-Menghuraikan kategori komponen komputer dan kegunaanya.
- Memberikan gambaran secara umum mengenai ICT dan kegunaan serta manfaat yang bolehdiperoleh daripada teknologi yang ada.
- Memberi pendedahan kepada peserta tentang penggunaan alat dan fungsi-fungsi perkakasan komputer seperti monitor, papan kekunci, tetikus, dan CPU.
- Meningkatkan kemahiran penggunaan komputer melalui pembelajaran yang diberikan secara percuma oleh PEDi
- Meningkatkan kemahiran penggunaan ICT dalam kalangan generasi muda.
- Memanfaatkan cuti musim sekolah dengan perkara yang berfaedah.
AKTIVITI
- Petugas memberi taklimat tentang komponen yang ada pada sesebuah komputer
- Petugas menerangkan jenis-jenis dan fungsi komputer
- Petugas memberi penerangan tentang penggunaan setiap jenis komponen komputer
KELAS SOFT SKILLS - BERMAIN DAN BERINTERAKSI
TARIKH |
10Ogos 2024 (Sabtu) |
LOKASI |
NADI Felda Tersang 02 |
TUJUAN
- Komunikasi bermaksud proses penyampaian atau pertukaran maklumat dengan bercakap, menulis atau menggunakan medium lain.
- Komunikasi amat penting dalam mengekalkan keseimbangan dan kesejahteraan dalam perhubungan sesama manusia.
- Dalam perhubungan antara sesama rakan, gaya komunikasi dapat dilihat sama ada komunikasi yang berlaku berada di tahap yang terbaik.
AKTIVITI
- Peserta duduk di kerusi masing-masing
- Peserta mendengar taklimat dan penerangan yang diberikan oleh petugas
- Peserta mendengar penerangan yang disampaikan sehingga selesai
LATIHAN KEUSAHAWANAN – KELAS MAKE UP
TARIKH |
8Ogos 2024 (Khamis) |
LOKASI |
NADI Felda Tersang 02 |
TUJUAN
- Membantu wanita yang ingin meningkatkan teknik solekan yang betul
- Mempelajari tone warna dari segi pakaian, rambut dan pilihan warna solekan.
- Mengenalpasti pengunaan berus make up yang berbeza.
- Belajar teknik melukis kening
- Pengunaan dan pemilihan warna foundation mengikut warna kulit.
AKTIVITI
- Memberi penerangan berkaitan Teknik dan gaya personal make-up
- Mempelajari cara penggunaan alatan make-up dan cara makeup yang betul
KUIZ SAINS
TARIKH |
1Jun 2024 (Sabtu) |
LOKASI |
NADI Felda Tersang 02 |
TUJUAN
- Kuiz sains dibuat untuk menguji kefahaman asas mengenai sains kepada pelajar sekolah rendah.
- Soalan simple mengenai diberikan untuk menguji tahap kefahaman peserta mengenai sains dan turutan sesuatu binatang.
AKTIVITI
- Peserta duduk di meja yang disediakan oleh petugas.
- Peserta diberikan peralatan alat tulis serta soalan kuiz oleh petugas Nadi.
- Peserta menjawab soalan kuiz yang diberikan oleh petugas NADI.
- Bersurai.
STEMIOT–STEM GAMES(CURVE BALLS)
TARIKH |
20Jun 2024(Khamis) |
LOKASI |
NADI Felda Tersang 02 |
TUJUAN
- Kahoot merupakan kuiz online yang simple dan menarik kerana peserta dapat bermain secara beramai-ramai dan peserta dapat melihat markah dan kedudukan antara satu sama lain.
- Kahoot bagus dijadikan sebagai latihan ulangkaji pembelajaran sampingan untuk kepada para peserta.
AKTIVITI
- Peserta duduk di meja yang disediakan oleh petugas.
- Peserta dikehendaki untuk membuka google dan menaip pin kahoot yang dipaparkan di skrin layar.
- Peserta bermain kuiz kahoot online secara beramai-ramai, soalan ditayangkan pada skrin layar.
- Peserta dapat melihat markah dan kedudukan mereka masing-masing.
- Bersurai.
LITERASI ICT BERSAMA KANAK-KANAK TABIKA KEMAS FELDA TERSANG 2
TARIKH |
21Jun 2024 (Jumaat) |
LOKASI |
NADI Felda Tersang 02 |
TUJUAN
- Aktiviti mewarna lukisan dan menggunakan computer sememangnya memberi peranan yang penting dalam perkembangan kanak – kanak
- Ini kerana aktiviti ini memberi peluang untuk kanak - kanak menyampaikan perasaan , kerja dan keupayaan mereka dalam bentuk mewarna
- Penggunaan tablet kepada pelajar tabika
- Aktiviti permainan pendidikan menguji dan mengukur tahap kecerdasan pelajar
- Taklimat dan tayangan video Klik Dengan Bijak (KDB) dan advokasi SKMM kepada semua pelajar tabika.
AKTIVITI
9.00 Pagi
Kehadiran guru dan pelajar Tabika Kemas Felda Tersang 2
9.00 Pagi hingga 10.00 Pagi
Mewarna lukisan
10.00 Pagi hingga 10.30
Pelajar Tabika sarapan pagi dengan menu bihun goreng, kuih nona manis,kuih puteri ayu dan teh o.
10.30 Pagi hingga 11.45 Pagi
Mewarna digital,Permainan Pendidikan & aktiviti aplikasi pembelajaran menggunakan tablet PEDi
11.45 Pagi hingga 12.00 tengahari
Penyampaian hadiah
Sesi bergambar dan bersurai
LATIHAN ASAS MICROSOFT WORD
TARIKH |
9 Julai 2024 (Selasa) |
LOKASI |
NADI Felda Tersang 02 |
TUJUAN
- Microsoft word digunakan apabila untuk membentuk satu dokumen baru seperti surat,memo atau laporan. Ia juga sesuai digunakan untuk menaip teks, mengedit teks yang sedia ada dan memformatkannya bagi memberi penekanan atau menjelaskan idea serta menyusun teks supaya kelihatan lebih menarik di dalam sesuatu halaman.
AKTIVITI
Belajar bagaimana untuk mewujudkan satu dokumen Word. Pelajaran ini meliputi menaip, menggunakan kekunci keyboard.mewujudkan satu dokumen.
- Pengenalan micrososft word
- Carian bendera Malaysia di Google Search
- Menyimpan gambar selepas carian
- Membuat numbering
- Menyimpan file atau latihan
KEMAHIRAN KOMUNIKASI
TARIKH |
21Julai 2024 (Ahad) |
LOKASI |
NADI Felda Tersang 02 |
TUJUAN
- Kemahiran berkomunikasi perlu dikuasai bagi memudahkan seseorang mendapat kawan dan diterima dalam masyarakat.
- Kemahiran komunikasi merupakan kemahiran untuk berhubung dengan orang lain.Aspek ini melibatkan penggunaan beberapa kemahiran seperti pendengaran yang aktif dan kawalan nada suara.
AKTIVITI
- Peserta duduk di meja komputer masing-masing
- Peserta membuka youtube bertajuk kemahiran berkomunikasi di komputer masing-masing
- Peserta mendengar penerangan yang disampaikan sehingga selesai
TARIKH |
22 Jun 2024(Isnin) |
LOKASI |
NADI Felda Tersang 02 |
TUJUAN
-Kuiz sains dibuat untuk menguji kefahaman peserta mengenai pembelajaran sains yang dibelajar semasa disekolah, ini juga dijadikan latihan ulang kaji pelajaran kepada pelajar.
AKTIVITI
- Peserta duduk ditempat yang disediakan oleh petugas NADI.
- Peserta diberikan kertas kuiz dan peralatan untuk menjawab kuiz.
- Peserta menyiapkan kuiz sains yang diberikan oleh petugas kepada mereka.
- Bersurai.
MICROSOFT PAINT - MEMBINA RUMAH IDAMAN
TARIKH |
5 Mei 2024 (Ahad) |
LOKASI |
NADI Felda Tersang 02 |
TUJUAN
- Mircosoft merupakan satu applikasi yang penting untuk semua lapisan umur komuniti membuat kerja atau latihan.
- Microsoft Paint merupakan applikasi yang boleh digunakan untuk melakar, mereka cipta dan membina sesuatu projek atau objek yang diperlukan.
AKTIVITI
- Peserta duduk di meja yang disediakan oleh petugas.
- Peserta diminta untuk membuka applikasi Microsoft Paint di dalam komputer masing-masing.
- Peserta diberikan penerangan secara ringkas cara untuk mengunakan applikasi Microsoft Paint.
- Peserta diberikan masa untuk menyiapkan tugasan lakaran rumah idaman masing-masing.
- Bersurai.
KUIZ KAHOOT ONLINE
TARIKH |
5 Mei 2024(Ahad) |
LOKASI |
NADI Felda Tersang 02 |
TUJUAN
- Kahoot merupakan kuiz online yang simple dan menarik kerana peserta dapat bermain secara beramai-ramai dan peserta dapat melihat markah dan kedudukan antara satu sama lain.
- Kahoot bagus dijadikan sebagai latihan ulangkaji pembelajaran sampingan untuk kepada para peserta.
AKTIVITI
- Peserta duduk di meja yang disediakan oleh petugas.
- Peserta dikehendaki untuk membuka google dan menaip pin kahoot yang dipaparkan di skrin layar.
- Peserta bermain kuiz kahoot online secara beramai-ramai, soalan ditayangkan pada skrin layar.
- Peserta dapat melihat markah dan kedudukan mereka masing-masing.
- Bersurai.
KELAS WORD SEARCH ONLINE
TARIKH |
10 Mei 2024 (Jumaat) |
LOKASI |
NADI Felda Tersang 02 |
TUJUAN
- Kuiz word search ini bagus untuk melatih minda dan mata para peserta untuk menjadi lebih fokus dalam mencari perkataan yang tersembunyi.
- Selain itu, dapat mengisi masa para peserta dengan aktiviti yang lebih manfaat dan berfaedah.
- Dapat menjadikan sebagai latihan tambahan kepada peserta dalam menyiapkan kuiz yang diberikan.
AKTIVITI
- Peserta mengambil tempat masing-masing.
- Petugas NADI memberikan link url untuk menjawab kuiz word seach dan kuiz word search dijawab secara online
- Peserta diminta untuk menyiapkan tugasan kuiz yang telah diberikan oleh petugas
- Bersurai.
KELAS MENAIP PANTAS
TARIKH |
10 Mei 2024 (Jumaat) |
LOKASI |
NADI Felda Tersang 02 |
TUJUAN
- Membantu peserta menguasai penggunaan papan kekunci dan juga melatih minda peserta untuk fokus mencari perkataan seperti yang tertera di kertas word search.
- Link 10fast finger.com adalah salah satu website permainan yang dapat melatih dan membantu peserta untuk menaip dengan pantas.
-Menurut peserta, mereka boleh menaip dengan lebih cepat dan pantas melalui aktiviti yang diadakan ini.
- Peserta juga dapat memahirkan diri menggunakan asas peralatan komputer dengan lebih cekap terutamanya papan kekunci dan tetikus.
AKTIVITI
- Peserta perlu buka link menaip pantas iaitu https://10fastfingers.com/typing-test/malaysian
- Menerangkan cara untuk menggunakan keyboard
- Masa diberikan untuk menaip dan markah akan diberikan berdasarkan kepantasan menaip