KARNIVAL JELAJAH SEBENARNYA.MY DAERAH RAUB

TARIKH

3 MAC 2018

MASA

7.00 PAGI - 12.00 MLM

LOKASI

DEWAN TERBUKA BATU TALAM & DEWAN SMA AL- FALAH

 

Tujuan

Memperkenalkan portal Sebenarnya.my dan menyampaikan mesej-mesej advokasi bagi mengekang pengaruh kandungan internet terutamanya mengenai isu berita palsu melalui platform serta inisiatif sebenarnya.my

Aktiviti

Pelbagai aktiviti diadakan sempena karnival sehari itu seperti senamrobik, pertandingan sepakan penalti, pertandingan membina permainan brick, cabutan bertuah serta pameran daripada agensi-agensi kerajaan seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat, Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dan Kementerian Kesihatan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Talam, Datuk Abd. Aziz Mat Kiram yang hadir me­rasmikan karnival itu turut me­nyampaikan sumbangan berupa ke­per­luan harian kepada golongan asnaf.

Pada sebelah malam diadakan Bicara Perdana: Berita Palsu Musuh Negara yang menampilkan penceramah terkenal Ustaz Don Daniyal Don Biyajid dan Ustaz Harryanto Rizal di dewan Sekolah Menengah Agama Al-Falah.

GAMBAR DISINI