Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), wabak koronavirus dikesan selepas organisasi itu dimaklumkan terdapat beberapa kes radang paru-paru di bandar Wuhan, di wilayah Hubei, China.

WHO dalam laman sesawangnya berkata, pihak berkuasa China pada 7 Januari lalu mengesahkan Koronavirus yang baru dikenal pasti itu boleh tersebar daripada manusia kepada manusia.

Virus itu tidak sepadan dengan virus lain yang diketahui, dan mencetuskan kebimbangan kerana tidak banyak yang diketahui mengenai virus ini seperti tahap bahayanya dan bagaimana kesan jangkitannya terhadap manusia.

"Virus baru itu adalah koronavirus, yang merupakan keluarga yang termasuk selsema biasa, dan virus seperti Sars dan Mers," katanya.

Virus baru ini buat sementara waktu dinamakan sebagai "2019-nCoV."

Bagaimana Koronavirus memberi kesan kepada manusia?

Menurut WHO, koronavirus adalah keluarga besar virus yang menyebabkan penyakit daripada selesema biasa kepada penyakit yang lebih berbahaya seperti sindrom pernafasan akut teruk (Sars) dan sindrom pernafasan Timur Tengah (Mers-CoV).

"Tanda biasa jangkitan termasuk gejala pernafasan, demam, batuk, sesak nafas dan kesukaran bernafas.

"Dalam kes yang lebih teruk, jangkitan boleh menyebabkan radang paru-paru, sindrom pernafasan akut yang teruk, kegagalan buah pinggang dan malahan membawa maut," kata organisasi kesihatan itu.

Jaraknya lebih kurang 37km dari Felda Tersang dan mengambil masa selama 38 minit untuk kesana. Pelbagai kemudahan dan rawatan kesihatan boleh didapati seperti perkhidmatan pesakit luar, unit kecemasan , wad bersalin  dan sebagainya. jika terdapat sebarang kecemasan pada waktu malam ataupun hari cuti, komuniti biasannya akan terus ke Hospital Raub untuk mendapatkan rawatan.

Alamat : Jalan Tengku Abdul Samad, 27600 Raub, Pahang

Waktu operasi : 24 jam

No telefon : 09-355 3333

Latitud : 3.8101622, Longitud : 101.8513956

 

 

 

Penyakit HFMD mudah menjangkiti orang lain terutamanya kanak-kanak di premis tempat tumpuan mereka seperti taska dan tadika. Bilangan kes HFMD dijangka akan terus meningkat kerana kesedaran dan keprihatinan ibu bapa membawa anak yang mengalami gejala HFMD berjumpa pengamal perubatan untuk mendapatkan nasihat dan rawatan. Ini menyebabkan peningkatan kes kerana HFMD adalah penyakit yang perlu dinotifikasikan kepada pihak kesihatan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988. Bagi tahun 2018, sehingga hari ini tiada kematian disebabkan HFMD atau enterovirus 71 (EV71) dilaporkan di Malaysia. 
 

Pihak KKM ingin mengingatkan orang ramai, khususnya ibu bapa, pengusaha taska/tadika/pra-sekolah serta pihak sekolah terlibat untuk:

  1. tidak membawa anak yang dijangkiti HFMD ke tempat-tempat awam / sekolah / taska / tadika / pusat asuhan kerana boleh merebakkan jangkitan;
  2. bawalah anak ke fasiliti kesihatan berhampiran sekiranya menunjukkan gejala HFMD.
  3. sentiasa mengamalkan budaya mencuci tangan dengan sabun dan air bersih selepas ke tandas, selepas menukar lampin dan selepas menyentuh / merawat lepuh;
  4. membersihkan alatan mainan dan perkakasan yang digunakan oleh kanak-kanak serta lantai rumah termasuk tandas dengan menggunakan larutan campuran kloroks;
  5. memastikan pembuangan lampin pakai-buang dibuat dengan betul; 
  6. membuat saringan di pintu masuk bagi memastikan kanak-kanak tiada tanda-tanda jangkitan HFMD sebelum masuk ke kelas.

KLINIK KESIHATAN TERSANG

Klinik kesihatan Tersang memberi perkhidmata kesihatan kepada panduduk Felda Tersang  Klinik Tersang terdiri daripada dua klinik iaitu Klinik Kesihatan dan Klinik Ibu dan Anak. Lokasi Klinik Kesihatan terletak di atas bukit berhampiran rumah penduduk Blok C. Klinik Kesihatan ini sebagai perkhidmatan kesihatan yang memberikan perkhidmatan “Primary Health Care” kepada pesakit yang mana merupakan “ frontliner health services “, perkhidmatan ini telah mendapat perhatian utama oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dalam meningkatkan taraf kesihatan penduduk rancangan.

 

PERKHIDMATAN DISEDIAKAN
Perkhidmatan utama yang diberikan melalui Unit Pesakit Luar yang terdapat di Klinik
Kesihatan Tersang adalah seperti berikut : -
- Rawatan Pesakit Luar
- Rawatan Kecemasan
- Perkhidmatan Ambulans

 

Alamat

Klinik Kesihatan Tersang

27650 Raub Pahang

No Telefon

09-3403086

 

Waktu Operasi

Isnin - Jumaat

8.00 Pagi – 5.00 Petang

5.00 Petang – 11 Malam (Extended Hours)

Sabtu - Ahad

8.00 Pagi - 11.00 Malam (Extended Hours)

 

SENARAI AHLI JAWATANKUASA KLINIK KESIHATAN TERSANG

JAWATAN

SENARAI NAMA

PEGAWAI KESIHATAN DAERAH

RAUB (UD53)

DR RAJA MOHD AZIM BIN RAJA HARON

PEGAWAI PERUBATAN UD44

DR SYED IQBAL AL-IDRUSBIN SYED ROSLI

JURURAWAT KESIHATAN  U29

NOR AIN FARHAN BINTI AMRAN

JURUTEKNOLOGI MAKMAL U29

ROZANA AIZA BINTI RAMELI

PEMBANTU FARMASI U29

SITI ROHAIZAH BINTI ROZALI

PEMBANTU PERUBATAN U29

1. SAIFUL ASRI BIN SHUDIN

2. MOHD FAKHRULRAZI BIN SAARI

PEMBANTU AWAM H11

1. NOR HISHAM BIN MAT NORDIN

2. WAN MOHD FADHIL BIN WAN ISMAIL

PEMBANTU PERAWATAN KESIHATAN U3

MAZRIZAM BIN AYUB

PEMANDU BERMOTOR R3

NURUL FAIES BIN ABDULLAH

 

 GAMBAR KLINIK KESIHATAN TERSANG

 


KLINIK KESIHATAN IBU DAN ANAK

Klinik Kesihatan Ibu Dan Anak terletak bersebelahan dengan Klinik Kesihatan. Klinik ini menyediakan perkhidmatan untuk ibu-ibu yang mengandung, bayi dan kanak-kanak. Maklumat jadual rawatan adalah sama dengan jadual rawatan Klinik Kesihatan.

 

PERKHIDMATAN DISEDIAKAN

Perkhidmatan utama yang diberikan di Klinik Kesihatan Ibu dan Anak adalah seperti berikut : -

- kesihatan ibu mengandung dan kanak-kanak meliputi jagaan pra-natal dan selepas bersalin

- imunisasi bagi kanak-kanak 

- pemantauan perkembangan kanak-kanak

- perancang keluarga
- rawatan pesakit luar

 

Alamat

Klinik Kesihatan Ibu dan Anak Tersang

27650 Raub Pahang

No Telefon

09-3403909

 

Waktu Operasi

Isnin - Jumaat

8.00 Pagi – 5.00 Petang

5.00 Petang – 11 Malam (Extended Hours)

Sabtu - Ahad

8.00 Pagi - 11.00 Malam (Extended Hours)

 

 

SENARAI AHLI JAWATANKUASA GAMBAR KLINIK KESIHATAN IBU DAN ANAK TERSANG

JAWATAN

SENARAI NAMA

KETUA JURURAWAT

FARIDAH BINTI MUSA

JURURAWAT KESIHATAN U29

1. NOOR ASIAH BINTI IBRAHIM

2. NORAIDAH BINTI MOHD ZIN

3. SABARIAH BINTI MOHAMED YUNUS

JURURAWAT MASYARAKAT  U19

1. NORHALIANA BINTI ISMAIL

2. HAIZUN KHAIRIYAH BINTI ABDUL HAMID

3. NORAZIPAH BINTI AZIZ

4. LILY HARYANTI BINTI MOHD JELAS

PEMBANTU PERAWATAN KESIHATAN U3

NOOR ASYIKIN BINTI ZULKEFLI

 

GAMBAR KLINIK KESIHATAN IBU DAN ANAK TERSANG