Tahukah anda, pengambilan lemak dan gula yang berlebihan boleh meningkatkan risiko penyakit jantung? Untuk itu, adalah penting untuk anda mengamalkan pemakanan yang seimbang dan sihat.
Lemak:
▶️ Pilih sumber lemak yang sihat seperti lemak tidak tepu dan omega-3 yang terdapat dalam ikan, kekacang dan minyak sayuran. Walaubagaimanapun, sumber lemak ini masih perlu diambil secara sederhana kerana ia boleh menyumbang kepada kegemukan dan masalah kesihatan apabila diambil secara berlebihan.
▶️ Hindari lemak tepu yang banyak terdapat dalam lemak haiwan dan lemak trans daripada makanan segera dan makanan terproses. Pastikan pengambilan lemak tepu tidak melebihi 10% daripada pengambilan kalori harian anda.
Gula:
▶️ Kawal pengambilan gula harian anda dan pastikan anda mengambil gula tambahan tidak melebihi 10 sudu teh sehari.
▶️ Awasi gula tersembunyi yang biasanya terdapat dalam makanan dan minuman seperti pemanis mulut, minuman berperisa, sos serta jem sapuan. Oleh itu, selalu baca label sebelum membeli makanan dan minuman di pasaran.
Ingatlah, kesihatan jantung kita adalah tanggungjawab anda sendiri. Dengan mengawal lemak dan gula dalam pemakanan, anda boleh memastikan bahawa jantung kita terus berdegup dengan sihat untuk tahun-tahun yang mendatang.
Jom ubah! Jika tidak sekarang, bila lagi?

Langkah 3 – Pakai pelitup muka dengan betul. Kami semua dan anda. Tanggungjawab bersama.

😷 Pelitup muka merupakan alat perlindungan diri (PPE) yang penting untuk mencegah penyebaran virus COVID-19.

😷 Pemakaian pelitup muka masih diwajibkan semasa fasa Peralihan ke Endemik.

✅Pastikan memakai pelitup muka dengan betul melitupi hidung dan mulut.

❗Pelitup muka yang longgar atau pemakaian yang tidak betul membolehkan titisan cecair dari hidung dan mulut keluar dan menjangkiti orang lain.

❗Kita juga mungkin tersedut partikel virus COVID-19 yang terapung di udara.

#KitaJagaKita
#LindungDiriLindungSemua
#ReopeningSafely

Bekas pesakit COVID-19 berkemungkinan mengalami gejala-gejala berterusan bagi tempoh 12 minggu atau lebih selepas sembuh.

Keadaan ini berpunca daripada komplikasi jangkitan COVID-19 terhadap fungsi pelbagai organ dalam tubuh seseorang individu.
Gejala Long COVID ini menjejaskan kualiti kehidupan bekas pesakit COVID-19 dan ianya boleh dihadapi oleh bekas pesakit COVID-19 bergejala ringan mahupun bergejala serius.

😷 Pengambilan vaksin, amal 3W dan elak 3S, pengudaran yang baik serta pematuhan SOP, mampu mengurangkan risiko jangkitan COVID-19.