Tahukah anda, pengambilan lemak dan gula yang berlebihan boleh meningkatkan risiko penyakit jantung? Untuk itu, adalah penting untuk anda mengamalkan pemakanan yang seimbang dan sihat.
Lemak:
▶️ Pilih sumber lemak yang sihat seperti lemak tidak tepu dan omega-3 yang terdapat dalam ikan, kekacang dan minyak sayuran. Walaubagaimanapun, sumber lemak ini masih perlu diambil secara sederhana kerana ia boleh menyumbang kepada kegemukan dan masalah kesihatan apabila diambil secara berlebihan.
▶️ Hindari lemak tepu yang banyak terdapat dalam lemak haiwan dan lemak trans daripada makanan segera dan makanan terproses. Pastikan pengambilan lemak tepu tidak melebihi 10% daripada pengambilan kalori harian anda.
Gula:
▶️ Kawal pengambilan gula harian anda dan pastikan anda mengambil gula tambahan tidak melebihi 10 sudu teh sehari.
▶️ Awasi gula tersembunyi yang biasanya terdapat dalam makanan dan minuman seperti pemanis mulut, minuman berperisa, sos serta jem sapuan. Oleh itu, selalu baca label sebelum membeli makanan dan minuman di pasaran.
Ingatlah, kesihatan jantung kita adalah tanggungjawab anda sendiri. Dengan mengawal lemak dan gula dalam pemakanan, anda boleh memastikan bahawa jantung kita terus berdegup dengan sihat untuk tahun-tahun yang mendatang.
Jom ubah! Jika tidak sekarang, bila lagi?