LATIHAN KEUSAHAWANAN - DUITNOWQRQODE

TARIKH

6 & 9 JANUARI 2023

LOKASI

PEDi Felda Tersang 02

 

TUJUAN

- DuitNow merupakan perkhidmatan perbankan baru yang ingin memudahkan pengguna membuat pindaan wang kepada seseorang dan tidak terikat kepada penggunaan nombor akaun bank semata-mata.

- Melalui DuitNow, seseorang boleh memautkan nombor telefon, nombor kad pengenalan (MyKad), atau nombor passport (untuk bukan warganegara) ke akaun bank mereka. Selepas memautkannya, pengguna boleh  menerima pembayaran ke akaun mereka terus menggunakan sebarang nombor berkenaan. Langkah ini sekaligus akan memudahkan beberapa proses pembayaran.

 

AKTIVITI

- Peserta mendaftarkan diri untuk kelas keusahawanan

- Petugas memberi penerangan berkaitan duitnow qr code

- Peserta mendaftar untuk menggunakan QR Code untuk perniagaan mereka

- Peniaga hanya perlu memaparkan satu QR Code untuk menerima pembayaran

- Bersurai

Gambar disini

LATIHAN ASAS MICROSOFT WORD

TARIKH

11Disember2022 (Ahad )

LOKASI

PEDi Felda Tersang 02

 

TUJUAN

- Microsoft word digunakan apabila untuk membentuk satu dokumen baru seperti surat, memo atau laporan. Ia juga sesuai digunakan untuk menaip teks, mengedit teks yang sedia ada dan memformatkannya bagi memberi penekanan atau menjelaskan idea serta menyusun teks supaya kelihatan lebih menarik didalam sesuatu halaman.

 

 AKTIVITI

Belajar bagaimana untuk mewujudkan satu dokumen Word.Pelajaran ini meliputi menaip, menggunakan kekunci keyboard, mewujudkan satu dokumen.

-       Pengenalanmicrososftword

-       Mengedit teks(copy/cut/paste)-clipboard

-       Membuat jajaran perenggandan jarak langkau

-       Membuat bullet

-       Membuat numbering

-       Memasukkanclipart, fromfile, wordart dan autoshapes

-       Spelling and grammer

-       Memasukkan page number, header and footer

-       Menyimpan file atau latihan

-       Mencetak dokumen

Gambar disini

MEMBUAT KAD UCAPAN

TARIKH

16 Oktober 2022

LOKASI

PEDi Felda Tersang 02

 

TUJUAN

- Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memberi tunjuk ajar kepada peserta tentang cara dan teknik untuk membuat kad ucapan menggunakan aplikasi Microsoft Publisher sahaja

- Peserta diajar untuk menyalin dan menyimpan gambar berkaitan di Google untuk ditampal pada kad

- Selain itu peserta juga diajar untuk menghiasi kad tersebut dengan menggunakan fungsi Word Art dan Shapes.

- Peserta boleh menghias kad mengikut kesesuaian dari segi warna dan tulisan pada kad ucapan

 

 AKTIVITI

-Peserta membuka aplikasi Microsoft Publisher 2010

-Peserta diberikan taklimat ringkas sebelum memulakan kelas.

-Peserta menaip ucapan di dalam kad ucapan

-Peserta belajar cara mengedit tulisan yang telah ditaip dengan mengubah saiz dan juga warna perkataan tersebut.

-Peserta dapat membuat tulisan dengan lebih kreatif dan juga dapat mempelajari asas-asas Microsoft Publisher.

-Peserta memuat naik gambar di dalam internet dan memasukkan gambar di dalam kad ucapan

 

Gambar disini

LATIHAN MENAIP SURAT RASMI

TARIKH

20 NOVEMBER 2022

LOKASI

PEDi Felda Tersang 02

 

TUJUAN

-Untuk  memahirkan peserta membuat surat rasmi dengan menggunakan tool yang berada didalam MicrosoftWord.

 

 AKTIVITI

-Petugas memberi taklimat tentang penggunaan MicrosoftWord.

-Memberitahu peserta cara untuk menaip dengan cepat dan menerangkan tool yang terdapat dalam toolbars.

-Memberitahu peserta tentang cara mudah untuk menghitamkan tulisan,membesarkan tulisan dan sebagainya.

-Memberitahu format surat rasmi yang betul.

Gambar disini

HARI TERBUKA BERSAMA KOMUNITI

TARIKH

13 SEPTEMBER 2022

LOKASI

PEDi FELDA TERSANG 3

 

Tujuan

- Hari Terbuka Bersama Komuniti ini diadakan bertujuan untuk menghebahkan kepada seluruh masyarakat terutama kepada warga setempat mengenai kemudahan yang disediakan oleh Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia serta Telekom Malaysia menerusi MSD Intelligence Sdn Bhd iaitu kemudahan capaian internet jalur lebar yang disediakan di PEDi  Felda Tersang

- Memberi taklimat KDB dan taklimat modul advokasi SKMM serta tayangan video mengenai Program Advokasi SKMM

- Pameran dari Agensi Anti Dadah ( AADK), Klinik Kesihatan, Klinik Pergigian, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), SSPN, Perpustakaan Desa Felda Tersang, Tekun Nasional dan Usahawan PEDi.

- Ceramah perkhidmatan dari Klinik Pergigian, Klinik Kesihatan,KWSP,Pusat Zakat dan AADK.

- Memberi peluang menambahkan pendapatan kepada peniaga dengan membuka gerai jualan semasa program dijalankan.

- Komuniti yang hadir boleh membuat pemeriksaan tekanan darah,gula dan kolestrol serta ujian pap smear.

 

Aktiviti

- Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan adalah seperti penerangan dan taklimat berkaitan KDB, advokasi SKMM dan perkhidmatan di PEDi.

- Mencari keahlian baru PEDi

- PEDi juga menganjurkan aktiviti  kuiz teka silang kata, ,kuiz kahoot ,teka hamper makanan, pemeriksaan kesihatan, pemeriksaan gigi, ujian pap smear,cabutan bertuah serta aktiviti selingan daripada agensi yang membuat pameran.

- Makan tengahari disediakan untuk semua pengunjung