HARI TERBUKA BERSAMA KOMUNITI

TARIKH

13 SEPTEMBER 2022

LOKASI

PEDi FELDA TERSANG 3

 

Tujuan

- Hari Terbuka Bersama Komuniti ini diadakan bertujuan untuk menghebahkan kepada seluruh masyarakat terutama kepada warga setempat mengenai kemudahan yang disediakan oleh Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia serta Telekom Malaysia menerusi MSD Intelligence Sdn Bhd iaitu kemudahan capaian internet jalur lebar yang disediakan di PEDi  Felda Tersang

- Memberi taklimat KDB dan taklimat modul advokasi SKMM serta tayangan video mengenai Program Advokasi SKMM

- Pameran dari Agensi Anti Dadah ( AADK), Klinik Kesihatan, Klinik Pergigian, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), SSPN, Perpustakaan Desa Felda Tersang, Tekun Nasional dan Usahawan PEDi.

- Ceramah perkhidmatan dari Klinik Pergigian, Klinik Kesihatan,KWSP,Pusat Zakat dan AADK.

- Memberi peluang menambahkan pendapatan kepada peniaga dengan membuka gerai jualan semasa program dijalankan.

- Komuniti yang hadir boleh membuat pemeriksaan tekanan darah,gula dan kolestrol serta ujian pap smear.

 

Aktiviti

- Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan adalah seperti penerangan dan taklimat berkaitan KDB, advokasi SKMM dan perkhidmatan di PEDi.

- Mencari keahlian baru PEDi

- PEDi juga menganjurkan aktiviti  kuiz teka silang kata, ,kuiz kahoot ,teka hamper makanan, pemeriksaan kesihatan, pemeriksaan gigi, ujian pap smear,cabutan bertuah serta aktiviti selingan daripada agensi yang membuat pameran.

- Makan tengahari disediakan untuk semua pengunjung