SEKOLAH AGAMA AT TARBIAH AL ISLAMIAH GUGUSAN FELDA TERSANG

PENGENALAN

Sekolah Agama Rakyat Felda Tersang adalah salah sebuah sekolah agama didalam Daerah Raub yang terletak di Rancangan Felda Tersang. Pada 1984, sebelum tertubuhnya sekolah ini pelajar hanyalah belajar di Surau Felda Tersang 1dengan hanya bilangan pelajar pada masa itu seramai 45 orang dengan tenaga pengajarnya hanya 2 orang guru.

Sekolah beroperasi pada pukul 2.30 petang sehingga 4.30 petang. Masa pembelajaran hanya tertumpu pada pembelajaran al-quran sahaja. Pada tahun 1986, bangunan sekolah telah dibina berdekatan Masjid Tersang 2. Semua pelajar berpindah ke bangunan baru. Pada tahun tersebut bilangan pelajar telah bertambah sebanyah 400 orang pelajar dengan bilangan tenaga pengajar seramai 7 orang.

Ustaz Abdul Kadir Bin Endol merupakan guru besar pertama dan beliau berkhidmat sehingga tahun 2006, selama 20 tahun sebelum berpencen. Beliau salah seorang tenaga pengajar subjek Jawi. Jasa beliau sangat besar terhadap SAR Felda Tersang. Pada Tahun 2007, beliau telah digantikan dengan Ustaz Abdul Latif Bin Mat Nor sehingga tahun 2012. Selain memegang jawatan guru besar SAR, beliau juga merupakan imam Masjid Felda Tersang.

Sekolah ini disediakan dengan pelbagai kemudahan kepada pelajar seperti kantin, tandas, tempat letak basikal murid dan beberapa ruang permainan untuk pelajar. Hasil sumbangan dan bantuan dari pihak FELDA, sekolah ini juga telah dilengkapi dengan pelbagai kemudahan lain yang menjadikan keselesaan kepada semua pelajar di Sekolah ini.

 

SENARAI NAMA TENAGA PENGAJAR SAR TERSANG    

NAMA

KELAS

NORZAHIDAH BINTI HAMID

1 ABU BAKAR

NORHAYATI BINTI RAMLI

1 UMAR AL-KHATAB

NURHASHIMAH BINTI HASHIM

2 ABU BAKAR

JAMILAH BINTI YUSSOF

2 UMAR AL-KHATAB

SITI ZUNAINAH BINTI ROSDI

3 ABU BAKAR

ROSIMAH BINTI ISMAIL

3 UMAR AL-KHATAB

MASTITA BINTI OSMAN

4 ABU BAKAR

ZURAINI BINTI ZAKARIA

4 UMAR AL-KHATAB

NURSHAIDATUL AFIZAN BINTI IDRIS

5 ABU BAKAR

A’ANA MARDHIAH BINTI MOHD ZULKIFLI

5 UMAR AL-KHATAB

  

ANUGERAH YANG DIMENANGI (TEMPAT PERTAMA)

Sepandok Maulidur Rasul

- Perbarisan Terbaik Maulidur Rasul

- Nasyid Daerah Raub

 

AKTIVITI TAHUNAN

- Mesyuarat Bersama AJK, Perbincangan Takwim Tahunan Tahun 2016

- Mesyuarat Bersama AJK, Persiapan Sebelum Mesyuarat Agung

- Mesyuarat Agung Kali Ke 15

- Mesyuarat Bersama AJK

- Ujian Bulanan

- Mesyuarat Untuk Mengadakan Gotong-Royong

- Gotong-Royong Perdana Bersama Ibu Bapa Dan Penjaga

- Sambutan Hari Guru

- Sukan Mini Pelajar

- Peperiksaan Setengah Tahun

- Jamuan Hari Raya Bersama AJK Dan Pelajar

- Sambutan Hari Merdeka

- Majlis Membaca Yasin Bersama Pelajar Tahun 5