KUIZ MATEMATIK DAN WORD SEARCH

TARIKH

3 Disember 2023 (Ahad)

LOKASI

PEDi Felda Tersang 02

 

TUJUAN

- Permainan kuiz ini melibatkan kemahiran fokus kerana peserta perlu mencari beberapa perkataan yang disembunyikan dan menyelesaikan soalan yang diberikan.

- Kuiz seperti ini bagus untuk merehatkan minda peserta setelah seharian penat belajar. Selain itu, peserta dapat mengisi masa lapang dengan aktiviti-aktiviti yang lebih berfaedah.

-Kuiz merupakan salah satu latihan asas kepada para pelajar untuk melatih minda supaya fokus dan teliti dalam menjawab soalan.

AKTIVITI

- Peserta duduk ditempat yang disediakan.

-Petugas memberikan peserta soalan kuiz untuk dijawab.

-Peserta menyiapkan kuiz yang diberikan oleh petugas.

-Bersurai

Gambar disini

STEM IOT - TANGAN ROBOT

TARIKH

24 Disember 2023 (Ahad)

LOKASI

PEDi Felda Tersang 02

 

TUJUAN

- STEM adalah merupakan singkatan kepada bidang Sains, Teknologi, Enginering dan Matematik. Istilah ini biasanya digunakan bagi menunjukkan dasar pendidikan dan pilihan kurikulum sekolah bagi meningkatkan daya saing dalam bidang pembangunan teknologi. 

- STEM penting untuk menarik minat para peserta dalam bidang sains melalui projek-projek yang dijalankan di PEDi.

AKTIVITI

- Peserta duduk ditempat yang disediakan oleh petugas.

- Peserta diberi penerangan apa itu tangan robot dan cara untuk membuat tangan robot.

- Peserta memulakan projek dengan mengunting, menampal dan memasukan benang ke dalam jari-jari robot.

-Bersurai

Gambar disini

SOFT SKILL - SIAPA SAYA

TARIKH

24 Disember 2023 (Ahad)

LOKASI

PEDi Felda Tersang 02

 

TUJUAN

-Soft skill penting untuk menambahkan keyakinan dan sifat berani dalam diri peserta untuk berhadapan dengan orang lain.

- Dengan adanya kelas soft skill peserta dapat menimba pengetahuan cara untuk bercakap di khalayak ramai dengan betul dan baik.

- Melatih dan menyerapkan dalam diri peserta berani untuk mencuba sesuatu yang baru.

- Kemahiran soft skill penting kerana disekolah peserta juga perlu membuat pembentangan untuk sesuatu kerja atau subjek di kelas.

AKTIVITI

- Peserta duduk di tempat yang disediakan oleh petugas.

- Petugas memberikan penerangan dan contoh macam mana nak buat perbentangan siapa saya.

- Peserta membuat pembentangan tentang siapa saya secara bergilir-gilir di hadapan.

-Bersurai

Gambar disini