Orang ramai dijemput hadir ke Persidangan Tandatangan Digital MCMC 2023 pada 20 Jun (Selasa), di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada, Johor Bahru. Bertemakan “Membina Kepercayaan Di Era Digital”, persidangan ini bertujuan untuk memberi kesedaran dan mempromosi penggunaan tandatangan digital di kalangan agensi kerajaan, sektor korporat serta pengguna individu selaras dengan inisiatif kerajaan untuk mencapai aspirasi MyDigital iaitu “Penerimagunaan sepenuhnya Tandatangan Digital dalam Sektor Awam Menjelang Tahun 2025”. Tunggu apa lagi? Jom daftar sekarang! Pendaftaran adalah percuma dan terhad kepada 500 peserta terawal sahaja. Jangan melepaskan peluang untuk daftarkan diri di pautan https://mcmc.tandatangandigital.my/ bagi menyertai persidangan ini. #DigitalSignature #MCMC #TandaTanganDigital